Facebook

Showing posts with label pada suatu hari.... Show all posts
Showing posts with label pada suatu hari.... Show all posts

Saturday, February 25, 2012

There is NO SECRET INGREDIENT??



Salam semua, pertama sekali Alhamdulillah kerana pihak kami mendapat respon yang baik daripada pelanggan kami, dan ramai menyatakan bahawa cupcakes kami sedap dan tidak muak untuk dimakan. yang paling penting sekali semua peringkat umur boleh makan cupcakes kami. dan mungkin kami harus mengasah kemahiran kami dalam menghiasi cupcakes.

saya hanya ingin berkongsi pengalaman saya sepanjang membuat cupcakes, pada mulanya memang banyak halangan dan rintangan namun atas pengajaran daripada mama saya, berkat doa seorang ibu dan kesabaran tinggi, sokongan daripada pelbagai pihak,  kini saya mampu membuat cupcakes sepenuhnya dengan sendiri sekarang.  pada  mulanya kena buat sendiri tanpa bantuan siapa pun, agak liat diri saya nk teruskan sehingga saya dipaksa oleh seorang insan untuk meneruskannya, pada mulanya terdapat kerugian yang kami alami,


tp kini Alhamdulillah, "Practise makes perfect" kn?? hanya dengan dua kali percubaan, nampak macam ok bagi saya, tapi rasa saya tak pasti.. apa yang saya bekalkan adalah " there is no secret ingredient, to make something special you just to believe it's special" nampak macam mengarut kan ?? tapi itulah yang saya tanamkan dalam diri saya. walaupun saya masih baru lagi, saya tetap ingin mencuba. setiap perkara saya akan mulakan dengan Bismillah, dan percaya pada diri sendiri.  kemudian saya cuba menjual cupcakes saya kepada pelanggan. Alhamdulillah mereka bagi respon yang positif dan sokongan mereka, sokongan daripada pelanggan, keluarga dan rakan-rakan banyak membantu saya untuk mencuba dan mencuba lagi.

doa, usaha, ikhtiar dan tawakal
semoga impian saya untuk membuka Walla Walla Cafe menjadi kenyataan :)
(angan-angan jer..) HEHEHEH..


Friday, January 13, 2012

USRAH JUMBO SALES at IIC


nama booth kami ialah "QASEH", 
ini adalah senarai makanan yang kami jual di kolej dengan harga yang berpatutan untuk pelajar,
ok, kenapa brownies tu RM2? kerana brownies itu adalah dari secret recipe.. memang sgt laku..









Wednesday, June 29, 2011

12 jam perjalanan ke Terengganu

17jun 2011, bertolak dari KL
kami tiga sekeluarga dan mak ngah bertolak dari KL dan berjumpa di tol Gombak pada pkul 10.30am, setelah berkumpul semuanya, kami meneruskan perjalanan dan berhenti di perhentian Termeloh 1 jam 30 minit kemudian, perjalanan agak sunyi sepi  apabila pukul 2 pagi, nasib baik kereta Avanza hijau Shrek ada TV, sempat juga menghilangkan bosan dan mengantuk, lg2 sempat download MaharajaLawak sebelum bertolak,
perjalanan mkin seram sejuk apabila melihat jalan yg tebal dgn kabus, bila melihat disebelah kiri, mula terfikir, berani nya abg2 lori ni memandu pepagi ni..ok, mata tak boleh lelap da ni, jalan melambung2, tak rata.. bila agaknya nk sampai... banyak perhentian kami berhenti, kerana mata perjalanan yang panjang dn letih mengantuk.
itu persona 110km/j dan kenari 120km/j sedang menunggu wira 80km/j

18 jun 2011 - Hari Pertunangan
akhirnya kami sampai di Masjid Hadhari Jerteh pada pkul 9.30am, lega sangat melihat muka kak Ieja, untuk petandanya kami sudah sampai... tp sebenarnya belum sampai lagi ke Homestay kami, lagi 1 jam kedalam baru smpai, lega rasanya hati, boleh tahan, rumah banglow yg besar, berhampiran pantai..

ini bapa saudaraku yang masih maintain cool dan macho walaupun memandu sepanjang malam
 bila sampai kami makan2 dan terus kena bersiap untuk hadir untuk majlis pertunangan pada 2.30pm kami harus siap bergerak..
ini hantarannya, 5 dulang, minyak wangi, kain, cincin merisik dan bertunang, homemade choc, dan fondant cake.
Alhamdulillah, majlis pertunangan berjalan dgn lancar, dan serius memang sgt tradisional berbanding majlis pertunangan di KL yg ku tgok selama ni, pengalaman baru dan hebat!! even kena perli pasal lempeng?? sempat lagi singgah untuk mencari keropok lekor. malam tu aktiviti bebas.
hari yang penat, mencabar dan seronok :)

19 jun 2011 - balik KL
pagi2 lagi, cousin ku da kejutkan untuk mandi pantai, sbelum sempat mandi dan gosok gigi terus tukar baju untuk ke pantai, alang2 tu basuh gigi ngan air pantai je la, lagi baik daripada basuh gigi dgn sambal ikan keli.. hahahaha... kemudian sebelum bertolak balik singgah di kelantan untuk shopping, tapi tak pun.. manghabiskan duit untuk makan, ok, mari lihat kanak-kanak yang hot bercuti..


sekian cerita ini.. panjang pula entry kali ni, suka bercerita kali ni.. pengalaman yang baru.
entry seterusnya kita cerita pasal cake hantaran, dan homemade choc dengan lebih terperinci.
Terima kasih :)

Sunday, January 31, 2010

KEK CHOC KUKUS RM 15



PENGEDAR DIPERLUKAN !!!

untuk maklumat lanjut ; hubungi  019 6003420 - atiey

untuk tempahan emailkn kepada: nadia_naded@yahoo.com

atau

hubungi atiey - 019 6003420

Sunday, November 8, 2009

To: ZatiD'hati Fancylicious cakes

Thank You ! Pictures, Images and Photos 

Dua hari belajar dengan Zati , banyak yang saya pelajari dalam deko menghias cupcake, chocolate indulgence cake dan novelty cake. Masa yang panjang dari jam 8.00pg hingga jam 6.00 ptg., teknik yang mudah , pembelajaran yang intensif dan nota yang lengkap dan senang di fahami.Saya yang zero knowledge, dah boleh mendeko cupcakes.Zati ini perihatin orang nya, tangan saya yang selalu nak pegang nozel pada tahap 90 degrees ni, boleh di lentuh oleh Zati untuk sudut 45degrees.Sabar sungguh sifu Zati ini..Terima kasih Zati, mengajar saya yang dah keras tangan ini.Semoga Allah luaskan rezeki Zati sekeluarga.  

Anak saya, Nadiah pun sudah pandai mendeko cupcakes.

from: khatijah

visit : http://zatidhati.blogspot.com

WAIT?? DONT GO :)

Please click " OLDER POSTS " for more