cupcakes ini di order daripada anaknya, Akmal.. untuk harijadi bondanya.. bondanya juga merupakan ustazah yang mengajar saya pendidikan islam ketika di sekolah. selamat hari jadi usatazah wan ;)
Sunday, May 2, 2010
cupcakes untuk Tajuddin
cupcakes ini pemberian ikhlas dari saya sekeluarga untuk tajuddin sekeluarga di kampung. tajuddin ini juga rakan sekerja saya di dunkin donut dulu. jarang saya dapat shift yang sama dengan dia. tapi bila shift sama selalu bergaduh, lagi-lagi ketika kena basuh pinggan. teringat juga saya ketika dia nak rasa cupcakes saya, cuma entah bila saya ada masa untuk membuatnya. harap juga menyukai cupcakes ini ya. ;)
kirim salam semuanya.
cupcakes untuk akak iparku.
ketika ini ada tempahan cupcakes yang lain, kebetulan ada buat lebih.. jadi teringat akak ipar di hospital yang ketika itu sedang sarat mengandung. cupcakes yang simple ini khas untuk kak atiey dari kami sekeluarga. ;)
thanks Kak Amal
order ini daripada kak amal, rakan sekerjaku juga. cupcakes ini untuk ahli keluarganya di kampung. orang kedah. hehehe. terima kasih akak sebab banyak menolong saya di tempat kerja. mudah-mudahan akk sekeluarga dimurahkan rezeki.
oh jiran lamaku.. ;)
order daipada jiran lamaku di Taman Cempaka, Shahidah namanya. cupcakes ini sempena harijadinya. katanya lagi, kesian dia terpaksa tempah cupcakes sendiri. hehehe.. saya dan mama saya membuat cupcakes ini secepat mungkin kerana saya berkerja di dunkin donut pada petang itu. saya ingat dia hendak ambil cupcakes itu. lalu saya bawa cupcakes itu ke tempat kerja saya.. lama juga tunggu dia ambil sehingga staff di dunkin donut minta izin untuk makan cupcakes itu. namun, saya minta maaf jika cupcakes ini tidak memuaskan hati kerana saya terburu-buru pergi kerja. harap sukakannya ;)
terima kasih kerana order.
istimewa untuk AM Dunkin Donut
cupcakes ini dibuat khas untuk AM dunkin donut iaitu Kak Ima yang hendak bersara kerana ingin menjadi suri rumah sepenuh masa. Saya baru sahaja kenal Kak Ima semasa saya kerja di dunkin donut sejak dunkin donut ditukarkn AM yang baru. Baru beberapa minggu Kak Ima ambil alih, dia sudah hendak bersara kerana ingin menjadi suri rumah. cupcakes ni dari kami dunkin donut wangsa maju, terutamanya ikhlas dari Kak Min. ;)
Subscribe to:
Posts (Atom)
WAIT?? DONT GO :)